Baiklah Selamat Datang ke blog aku i.e.
"PERI PERI NASUT"
BANGKITLAH JIWA DENGAN SENYUMAN
Sebenarnya aku pernah ber-blogging sebelum ini. Tapi mungkin sebab kesibukan dan aku kurang bijak dalam menguruskan waktu aku, jadi itulah sebab aku tinggalkan blog lama aku.
Lagi pula, blog aku yang lama memang menampakkan ketidakmatangan aku dalam penulisan. Dari segi hiasan pula seperti keanak-anakan. Tak matang langsung.
Jadi aku ambil keputusan untuk abaikan sahaja blog lama tersebut dan mulakan semula dengan yang baharu.
Baiklah, tujuan aku ber-blogging ialah untuk menulis segala apa yang terjadi, berlaku dan menimpa ke atas aku ini. Melainkan mati semestinya. Kurang lebih "diary" namanya.
Tapi kisah yang akan aku nukilkan di sini bukanlah semata-mata cerita sahaja. Sebabnya aku juga tahu batas dan limit sesuatu perkara. Takkan aku mahu buka aibku sendiri. Betul tak?
Jadi cara aku ber-blogging kali ini, aku akan selitkan elemen-elemen yang murni dan pengajaran yang boleh dijadikan pedoman dan pengajaran oleh semua.
Selamat Membaca.


No comments:
Post a Comment