Kisah :
Hari ini aku rasa sangat gembira kerana dapat luangkan masa dengan ayah dan umiku menuju satu destinasi ke destinasi lain. Walaupun ringkas perjalanan dan mungkin bagi orang lain ianya biasa-biasa sahaja tetapi bagi aku ianya sangat sempurna. Inilah waktu dimana aku merasakan yang aku ini seperti anak tunggal. Aku dimanja, disayang, dan diberi apa yang aku pinta padahal sebenarnya bukan aku yang pinta sesuatu itu.
Seawal jam 10.30 a.m. kedua ayah dan umiku bersama aku keluar rumah menuju ke Parit Raja, Batu Pahat, Johor untuk membuat rawatan di #SinarPermata
Rawatan ini adalah untuk membuang lendir sinus yang ada pada bahagian muka kita dimana jika dibiarkan boleh menjadi ketara. Biasanya siapa yang buat rawatan ini ada masalah resdung. Tetapi setelah aku menjalani rawatan di sini hari ini pakar memberitahu aku bahawa resdung aku masih di tahap awal dan sangat bagus untuk aku kerana mencegahnya lebih awal.
Ini kerana aku merasakan rabun pada mata aku ini cepat sangat naik power nya dan setiap kali aku menanggalkan kaca mataku, aku merasakan mataku asyik gatal. Itu sebab umi membawa aku ke sini untuk membuat rawatan.
Habis dari rawatan, ayah pula bawa aku ke kedai jam. Yahoo, seronok rasanya. Sebab aku dah lama tak pakai jam. Biasalah cuai; hilang. Jadi ayah pun carikan aku jam yang terbaik untuk aku. Guess what, ayah belikan aku jam TISSOT !!!
Terima kasih ayah. Love you damn much.
In shaa Allah akan aku jaga jam ini sebaik yang mungkin.
Setelah selesai buat rawatan, shopping jam mesti lapar. Jadi kami bertiga makan tengahari di salah sebuah restoran terkenal dan menjadi rebutan semua orang yang bertandang.
Ma shaa Allah, ramai sangat orang waktu makan tengahari di restoran ini. Restoran yang di maksudkan ialah
Nyum nyum. Sumpah sedap. Sangat sedap dengan beras yang besar dan panjang. Kenyang sangat. Harga juga berpatutan. Itulah serba sedikit perjalanan aku yang "biasa-biasa" sahaja.
Nilai dan pengajaran:
Berdasarkan kisah yang telah aku ceritakan, apa yang aku ingin sampaikan ialah
Tidak kisahlah ke mana dan bagaimana cara kita meluangkan masa dengan keluarga kita. Yang penting ialah kualiti masa bersama itu paling penting kerana keluarga adalah segalanya dan tanpa keluarga hidup kita akan kosong dan tiada maknanya.
Mohon undur diri dulu ya...
Wassalam.






