Monday, 16 May 2016

Jagalah Hati dan Perasaan Orang Lain

Kisah :

A, F dan D sedang belajar di cafe kuliyyah mereka petang tadi. Perangai F sangat menjengkelkan dan suka menyakitkan hati kawan-kawan tanpa dia sedari. Sungguhpun begitu, A masih mahu berkawan dengan F kerana F seorang yang pandai. Si F juga seorang yang "bossy" dan "bitchy". Dia sangat suka mengarah sehingga terkadang A berasa meluat dan bengang yang teramat sangat terhadap F. Situasi petang tadi telah membuat A sangat geram dan marah yang teramat sangat terhadap si F ini. 


Ketika mereka bertiga sedang menelaah pelajaran mereka. D berlalu pergi sebentar ke kedai fotostat berhampiran. Waktu itu yang tinggal hanya A dan F serta pelajar-pelajar lain di cafe kuliyyah mereka. A dan F ini merupakan groupmate untuk assignmnet mereka. Di sebabkan mereka ini di ambang peperiksaan akhir semester, masing-masing sibuk menumpukan perhatian terhadap subjek peperiksaan yang terdekat. Kebetulan peperiksaan A akan berlangsung sedikit lewat berbanding F dan D. Sewaktu ulang kaji mereka di cafe itu, Si A dan F cuba untuk siapkan assignment mereka mengikut pembahagian masing-masing. Tetapi Si F sangat kecoh dan "jemah" untuk kacau dan ambil tahu progress Si A untuk assignment itu. 

Sehingga sesuatu terjadi menyebabkan A geram pada F. Kebetulan waktu itu A ingin berhenti seketika dari meneruskan kerjanya dan membuka youtube untuk merehatkan minda seketika. Tetapi si F terus menyanggah A dengan memalukan A depan khalayak semua pelajar yang ada di cafe ketika itu. F telah memalukan A dengan mengatakan dengan suara yang kuat .

F  : Oh, A kau buka youtube! Kau ni kan cepatlah siapkan part kau tu. Asyik berlengah saja kau ni.   A  : Aku baru je buka youtube ni F.
F  : Argghhh, haha kau ni kan nak mengelak la tu. Eeee tak payah la nak menafikan yang kau tu buka
      youtube. Mengaku jela. (dengan suara yang kuat sehingga semua orang dengar dan pandang)
A  : Tapi haisshhhh aku...
F  : Ha, sudahlah takpe kau teruslah eh melayan youtube kau tu! Haiisshhh A ni cepatlah. Dah, sudah
      matikan la benda tu dan sambung kerja kau.

Waktu itu, A sangat bengang dengan F dan untuk melepaskan geram yang terbuku di dalam hati itu, A tweet tentang F. 


Tweet A berbunyi begini.

" haisshh nasibla kau ni kawan aku. tak habis2 nak malukan aku depan semua orang. kupendamkan je. fuck you!!! "

Setibanya D di cafe semula. D terus bertanya tentang tweet itu pada A. 

D  : Kau marah sape ni A?
A  : Eh, marah apa pulak ni?
D  : Hurm sudahlah, tak payah nak nafi, aku kenal kau bukan sebulan dua. Sape tu, cakap la?
A  : Hurm...
D  : F eh?
A  : Eh mana ada.
D  : Yela tu. Kau ni suka sangat pendamkan kalau ada prob. Citer jela.

Si A tidak menceritakan hal yang terjadi kepada D. Namun, D boleh mengagak dan dapat tahu siapa yang A marahkan dan tekaan D tepat. Cuma D tidak tahu kisah sebenar yang terjadi waktu itu.



Nilai dan pengajaran:

Baiklah, berdasarkan cerita di atas nilai dan pengajaran yang boleh kita ambil adalah, dalam berkawan kita haruslah saling memahami dan jangan terlalu mendesak sehingga menyebabkan atau terdetiknya titik amarah dalam hati mereka. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya putus dalam berkawan dan dendam sesama sendiri. Selain itu, jika kita rasa tidak berpuas hati terhadap teman kita, terus berhadapan dan berterus terang tentang rasa ketidak puashatian itu dan jangan biarkan ia berlarutan dan terus dipendam dan diluahkan di media sosial seperti yang A lakukan. Ini bukan menjadikan masalah itu selesai tetapi bertambah rumit dan boleh melibatkan pihak lain.


Apa yang paling penting dalam berkawan ataupun bersahabat. Perkara yang paling penting ialah saling memahami dan jangan cepat ambil hati dengan perangai ataupun gurauan kawan kita. Namun, kita juga harus memahami dan mendalami perangai kawan kita itu. Sebagai contoh jika kawan kita memang seorang yang "hati tisu" , cepat "koyak" , jadi kita kena berlapik dan bertapis sedikit dengan dia kerana ditakuti dengan perangai dan gaya kita itu akan mudah menyakiti teman kita. Pengajaran yang terakhir ialah, jangan terlalu berharap pada orang lain. Meskipun orang itu mempunyai kelebihan yang lebih daripada kita, kita tidak boleh bergantung harap. Sebaliknya, cuba berusaha dan berdiri di atas kaki sendiri dan dengan cara itu kita akan dapat merasai nikmat kejayaan atas usaha kita sendiri. 

Sekian, gerak lu papa roger.... ;)